MENU

Emel Jabatan: jpm.mpklang@gmail.com

Ketua Jabatan: Puan Normah Binti Zainul Abideen @ Zainol
Emel Ketua Jabatan: normah.abideen@mpklang.gov.my

1.0   Pengenalan

Jabatan Kemasyarakatan sebelum ini dikenali dengan nama Jabatan Korporat dan diwujudkan pada bulan Oktober 2002 berdasarkan struktur organisasi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pada tahun 2014, Jabatan Korporat telah distrukturkan semula dan dinamakan sebagai Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam. Pada tahun 2016, jabatan ini telah dipisahkan dengan Perhubungan Awam dan diberi nama Jabatan Kemasyarakatan. Kini Jabatan Kemasyarakatan bergerak bagi memenuhi objektif untuk mendekatkan Majlis dengan masyarakat dengan melaksanakan acara rasmi Majlis dan program kemasyarakatan yang berbentuk sukan, kebudayaan, pelancongan dan lain-lain.

Jabatan Kemasyarakatan dibahagikan kepada 5 bahagian.

  • Bahagian Belia dan Sukan
  • Bahagian Komuniti Sosial / Pengurusan Ahli Majlis JKP
  • Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan
  • Bahagian Logistik
  • Bahagian Pentadbiran

 

2.0   Objektif Jabatan Kemasyarakatan

  • Jabatan Kemasyarakatan berperanan mewujudkan hubungan yang baik antara Majlis dengan kakitangan dalaman dan masyarakat luar.
  • Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menyelaras acara-acara rasmi pada pelbagai peringkat samada daerah, negeri mahupun kebangsaan.
  • Mengekalkan dan memelihara imej Klang sebagai Bandar Diraja dan Bersejarah.

 

Senarai Perkhidmatan

  • Menguruskan acara-acara Rasmi Majlis.
  • Menyelaraskan peruntukan Ahli Majlis dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) MPK.
  • Menyelaras permohonan dan pembaharuan Pelekat Kenderaan OKU di Daerah Klang.
  • Menguruskan peralatan logistik di peringkat Majlis.
  • Memberi khidmat nasihat kepada masyarakat berkaitan penganjuran program secara kerjasama mahupun penganjuran sukan persendirian di daerah Klang.

 

3.0   Fungsi & Aktiviti Jabatan Kemasyarakatan

BAHAGIAN BELIA DAN SUKAN

  • Menyelaras dan memantau program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) MPK dan Rakan Muda.
  • Mewujudkan rangkaian 2 Hala Majlis dengan golongan belia melalui program dan agenda MPK, Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
  • Menyelaras dan memantau 10 Teras Belia yang diwujudkan oleh Kerajaan negeri iaitu Pendidikan, Keusahawanan, Kepimpinan, Teknologi Maklumat, Kemasyarakatan, Kesihatan, Sukan, Keagamaan, Kebudayaan dan Pengantarabangsaan.
  • Mewujudkan dan menguruskan sistem rangkaian maklumat data belia (PeBT) dan lain.
  • Menyediakan dan menguruskan pasukan MPK dalam menghadapi kejohanan besar seperti Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA), Sukan Badan Berkanun (SUKANUN), Sukan Kebajikan antara Kerajaan (MAKSAK) dan Sukan Kerajaan Tempatan (SKT).
  • Menyelaraskan pengurusan pasukan Selangor untuk menyertai kejohanan seperti Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan Selangor (SUKSES).
  • Menganjurkan dan menyelaras acara-acara sukan tahunan rasmi anjuran Majlis seperti boling padang, tenpin boling dan lain-lain. 
  • Mengurus, menghantar dan memantau pasukan majlis ke kejohanan sukan jemputan anjuran agensi luar di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
  • Merancang, menyelaras dan menganjurkan program-program pembangunan sukan bersama agensi kerajaan, Majlis Sukan Daerah Klang dan lain-lain seperti sukan bola sepak, tenis, sepak takraw, badminton dan hoki.
  • Mempromosikan gaya hidup sihat melalui penganjuran program untuk masyarakat seperti senamrobik bersama MPK dan mewujudkan maklumat data kemudahan sukan yang terdapat di Klang.
  • Menguruskan dan menyelaraskan peralatan sukan bagi kejohanan-kejohanan sukan di peringkat MPK daerah, negeri dan kebangsaan.
  • Mengenalpasti dan menghantar kakitangan ke kursus/seminar berkaitan sukan.

 

BAHAGIAN KOMUNITI SOSIAL / PENGURUSAN AHLI MAJLIS / JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP)

AHLI MAJLIS

  • Menyelaras Pelantikan Dan Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyelaras Tuntutan, Permohonan Dan Mengemaskini Baki Bagi Peruntukan Mesra Rakyat Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang (24 orang Ahli Majlis).
  • Menyelaras Bayaran Elaun Kehadiran Mesyuarat Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang.
  • Mengemaskini Peta Sempadan  Kawasan Zon  Ahli  Majlis, Majlis  Perbandaran  Klang.
  • Menyelaras penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyelaras bantuan peralatan dan logistik terhadap program-program Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang.

 

KOMUNITI SOSIAL

  • Program Orang Kurang Upaya Majlis Perbandaran Klang :
    • Menyelaras permohonan dan pembaharuan Pelekat Kenderaan OKU di daerah Klang.
    • Menyelaras pelaksanaan program bersama persatuan & pertubuhan OKU daerah Klang.
       
  • Program Dialog / Perjumpaan Bersama Penduduk & Maklumbalas permasalahan penduduk
    • Menyelaras program dialog & perjumpaan bersama penduduk.
    • Menyelaras program dialog yang diarahkan oleh kerajaan negeri.Menyelaras dan mendapatkan maklumbalas jabatan bagi permasalahan penduduk yang telah diajukan.
       
  • Program Dan Pelaporan Bagi Jawatankuasa Sosial & Ekonomi Local Agenda 21 MPK
    • Menyelaras Mesyuarat dan Program-program Local Agenda 21 MPK Bagi Jawatankuasa Kerja Sosial & Ekonomi, Local Agenda 21 MPK.
    • Menyediakan Pelaporan Pelaksanaan Program / Aktiviti Bagi Jawatankuasa Kerja Sosial & Ekonomi, Local Agenda 21 MPK
       
  • Program-program Hal Ehwal Agama Islam Majlis Perbandaran Klang
    • Menyelaras Program Hal Ehwal Islam Bersama Komuniti Anjuran Majlis Perbandaran Klang.
    • Menyelaras Kontingen MPK bagi Perarakan sempena Maulidur Rasul & Maal Hijrah peringkat daerah & negeri.
    • Membantu Jabatan Agama Islam Selangor menyelaras pelaksanaan Program Hal Ehwal Agama Islam Peringkat Daerah Klang / Peringkat Negeri Selangor.
  • Menyelaras Pelaksanaan Program - program Sambutan Bulan Kemerdekaan Majlis Perbandaran Klang.
    • Menyelaras pelaksanaan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Majlis Perbandaran Klang
    • Menyelaras Kontingen Majlis Perbandaran Klang bagi Perbarisan Hari Kemerdekaan
  • Menyelaras Program Bersama Sekolah / Pelajar di daerah Klang yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang.
     
  • Menyelaras Aktiviti / Program CSR komuniti bersama Syarikat-syarikat swasta dan Pekilang di Daerah Klang.
     
  • Menyelaras Program-program Komuniti dan Sosial Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Klang
     
  • Menyelaras Program-program Kebajikan / Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) di peringkat Majlis Perbandaran Klang.

 

 

JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP)

  • Menyelaras Pelaksanaan Aktiviti / Program Jawatankuasa Penduduk Zon Ahli Majlis (JKP Zon Ahli Majlis – 23 Zon) yang dilaksanakan bersama pihak Majlis Perbandaran Klang.

 

BAHAGIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

  • Merancang dan menyelaras aktiviti kebudayaan merangkumi pertandingan dan persembahan peringkat Majlis, Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
  • Merancang dan mengurus program pembangunan untuk belia dan remaja bagi meningkatkan dan memartabatkan kesenian kebudayaan pada generasi baru.
  • Merancang menyelaras dan mengadakan program-program sambutan sempena bulan Kemerdekaan dan Perayaan (Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, dll).
  • Menyelaras dan menguruskan tempahan penggunaan sistem siaraya, kombo MPK dan Pasukan Koir.
  • Menguruskan dan menyelenggara peralatan muzik dan siaraya.
  • Merancang dan melaksanakan program pelancongan di kawasan pentadbiran MPK.
  • Menyertai program-program pelancongan peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
  • Menyelaras acara-acara pelancongan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan Agensi pelancongan di bawah Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Selangor.
  • Menyedia dan membangunkan pelancongan Klang berteras warisan dan Eko Tourism.
  • Menyelaras permohonan peruntukan projek dan program pelancongan di Peringkat Negeri dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
  • Mewujudkan rangkaian kerjasama bersama agensi pelancongan di daerah Klang.
  • Mengemaskini data pengunjung ke daerah Klang dan membuat pemantauan di kawasan yang berpotensi sebagai zon pelancongan daerah Klang

 

BAHAGIAN LOGISTIK

  • Membantu menyediakan logistik bagi program-program rasmi Majlis dan Kerajaan Negeri yang diadakan di daerah Klang.
  • Menyelaras logistik bagi program rasmi Majlis, Daerah dan Negeri dengan efisyen seperti Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, Menteri Besar turun padang dll.
  • Pemasangan bendera dan bunting negeri Selangor sempena program yang melibatkan DYMM Sultan Selangor dan Raja Muda Selangor seperti Hari Keputeraan DYMM, Perasmian Masjid, Program Ziarah Makam Diraja serta sambutan bulan kemerdekaan.

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN

  • Mengurus fail-fail am Jabatan.
  • Menyelaras dan memantau penerimaan dan pendaftaran surat serta dokumen.
  • Penyelenggaraan, pergerakan, penyimpanan dan pelupusan rekod.
  • Memastikan keselamatan dan persekitaran dalam dan luar pejabat teratur dan terkawal.
  • Mengurus penerimaan, pengedaran dan penghantaran surat-surat dan dokumen rasmi Majlis
  • Mengendalikan sistem kedatangan kakitangan
  • Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan Jabatan
  • Memantau pergerakan pegawai dan kakitangan Jabatan
  • Memantau proses kerja mengikut ISO Jabatan yang telah ditetapkan
  • Menguruskan hal ehwal program-program rasmi Majlis, Daerah, dan Negeri.

 

4.0   Piagam Pelanggan Jabatan Kemasyarakatan

  • Memastikan tidak kurang daripada 15 program dan aktiviti rasmi majlis dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur dalam masa setahun.
  • Mencetak dan mengedarkan kad jemputan bagi acara rasmi Majlis sekurang-kurangnya dalam masa 1 hari sebelum acara/program berlangsung.
  • Menyelaraskan program bersama Jawatankuasa Persatuan Penduduk (JKP) yang diadakan pada sepanjang tahun.
  • Menguruskan permohonan dan bayaran peruntukan Yang Dipertua, Ahli Majlis dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tarikh permohonan diterima.
     

5.0  Carta Organisasi

6.0  Direktori Kakitangan

Tarikh kemaskini : 16 Ogos 2021

Kemaskini Terakhir: Isnin, 23 Mei 2022 - 4:12pm