MENU

Emel Jabatan: kesihatan@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan: Encik Azmi Bin Muji
Emel Ketua Jabatan: azmi.muji@mpklang.gov.my

1.0   Pengenalan

Jabatan Kesihatan, MPK telah ditubuhkan sejak tahun 1890. Jabatan ini telah wujud lebih satu abad dan merupakan di antara jabatan yang pertama ditubuhkan selain daripada Jabatan Pentadbiran, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Kewangan.

Pada permulaan pertubuhannya, Jabatan Kesihatan terdiri daripada Bahagian Kesihatan Awam, Bahagian Taman & Pengindahan Bandar, Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Bahagian Perlesenan.

Dengan penambahan penduduk dan perluasan kawasan Majlis serta peningkatan beban tugas dan kehendak penduduk setempat yang tinggi, maka Majlis telah memutuskan untuk mengeluarkan  Bahagian Taman & Pengindahan Bandar, Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Bahagian Perlesenan daripada Jabatan Kesihatan dengan mewujudkan jabatan-jabatan seperti berikut:

  • Bahagian Taman & Pengindahan Bandar dikenali sebagai Jabatan Taman & Rekreasi
  • Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dikenali sebagai Jabatan Kawalan Alam Sekitar
  • Bahagian Perlesenan dikenali sebagai Jabatan Perlesenan & Penjaja

Terdapat 6 bahagian utama di Jabatan Kesihatan iaitu:

  • Bahagian Pentadbiran
  • Bahagian Vektor & Penyakit Berjangkit
  • Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan
  • Bahagian Kawalan Binatang Liar & Kesihatan Awam
  • Bahagian Promosi & Pendidikan Kesihatan
  • Bahagian Klinik

 

2.0  Objektif Jabatan Kesihatan

Untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan hidup warga Klang di tahap yang maksima seiring dengan pembangunan infra, sosial, rohani dan ekonomi.
 

3.0  Maklumat dan Fungsi-Fungsi Bahagian dalam Jabatan Kesihatan

3.1   Bahagian Pentadbiran

  • Memastikan bahagian segala urusan pejabat mengikut piawaian yang ditetapkan supaya pencapaian pentadbiran pejabat berjalan dengan lancar, cekap,efisyen dan sistematik
  • Melaksanakan urusan perkhidmatan dan kemudahan kepada kakitangan dengan tanggungjawab yang adil, berkesan, sempurna dan menyeluruh dengan menerapkan elemen nilai-nilai murni dalam perkhidmatan yang diberikan.

Fungsi Bahagian Pentadbiran

  1. Menguruskan hal ehwal surat menyurat, Urusan perjalanan fail termasuk pembukaan dan penutupan fail.
  2. Mengendali segala aspek pengurusan pentadbiran pejabat.
  3. Menyediakan segala laporan kewangan (mengurus).
  4. Mengurus dan mengawal urusan pesanan tempatan berkaitan ubat-ubatan, bahan-bahan kimia dan keperluan berkaitan  unit vektor, kerja-kerja inden contoh membasmi dan mengawal anai-anai dan tikus.
  5. Merekod dan mengurus urusan bayaran serta perkhidmatan yang dilaksanakan oleh bahagian Kesihatan Awam contoh urusan krematorium (pembakaran mayat, pengkebumian orang islam).
  6. Mengemaskini rekod-rekod cuti dan perkhidmatan.
  7. Pengurusan hal ehwal kakitangan berhubung perjawatan, pentadbiran dan perkhidmatan.
  8. Mengurus bayaran urusan elaun tuntutan lebih masa, elaun perjalanan, tuntutan runcit, tuntutan elaun bahan kimiadan lain-lain yang berkaitan.
  9. Mengadakan program yang teratur bagi pelaksanaan aktiviti di unit personal, kewangan dan aset.
  10. Menyelaras aspek pembangunan sumber manusia (membina insan).
  11. Menerima aduan-aduan awam menerusi online, telefon, surat dan jabatan-jabatan lain.
  12. Mengurus dan mengatur mesyuarat serta perjumpaan di antara pihak-pihak yang terlibat dengan jabatan.
  13. Mengatur dan memastikan jemputan program ceramah kesihatan bagi aktiviti di sekolah dan pengendali makanan/minuman restoran dan gerai majlis di dalam kawasan pentadbiran.
  14. Merekod dan mendokumentasikan hal-hal berkaitan dengan jabatan.
  15. Menyelenggara dan memantau stor simpanan barang-barang keperluan pejabat dan bahan-bahan kimia yang melibatkan Bahagian Vektor dan Kesihatan Awam.

3.2   Bahagian Vektor & Penyakit Berjangkit

  • Memastikan kes penyakit berjangkit sentiasa dapat dikawal bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan orang ramai
  • Memastikan langkah kawalan dan pencegahan pernyakit berjangkit dibuat dengan sempurna

Fungsi Bahagian Vektor dan Penyakit Berjangkit

  1. Menyelaras, merancang dan menyelia, aktiviti pencegahan dan pengawalan kes demam denggi melibatkan pemeriksaan tempat pembiakan aedes dan semburan pengasapan.
  2. Menyelaras, merancang dan menyelia aktiviti pengawalan nyamuk kacauganggu dan aduan berkaitan.
  3. Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis berisiko menyumbang kepada kes demam denggi.
  4. Menjalankan aktiviti dan program-program berkaitan pencegahan dan pengawalan demam denggi.

3.3   Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan

  • Memastikan makanan yang berada di pasaran di dalam keadaan yang selamat dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
  • Memastikan semua premis makanan berada di dalam keadaan bersih dan selamat.

Fungsi Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan

  1. Merancang, menjalankan dan menilai aktiviti persampelan makanan
  2. Memantau segala aduan tentang keselamatan dan mutu makanan
  3. Merancang, menjalankan dan menilai aktiviti pemeriksaan kebersihan dan penggredan premis-premis makanan
  4. Menjalankan siasatan aduan kes-kes keracunan makanan yang dilaporkan
  5. Merancang, menjalankan dan menilai aktiviti penguatkuasaan dan perundangan yang berkaitan dengan keselamatan dan kualiti makanan

3.4   Bahagian Kawalan Binatang Terbiar/Perosak/Ternakan dan Kesihatan

  • Untuk memastikan kesihatan dan keselamatan penduduk dalam kawasan MPK bebas daripada segala bentuk kacauganggu bau, pendengaran, penglihatan dan lain-lain yang wujud daripada binatang terbiar, unggas, perosak, haiwan ternakan serta pencemaran persekitaran.

Fungsi Bahagian Kawalan Binatang Terbiar/Perosak/Ternakan dan Kesihatan

  1. Menyelaras dan menjalankan aktiviti pengawalan binatang terbiar, unggas, perosak dan ternakan.
  2. Menyelaras dan menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti kacauganggu kesihatan awam termasuk pencemaran bau, bunyi bising dan lain-lain.
  3. Manjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas aduan tanah lapang, rumah kosong dan semak samun.

3.5   Bahagian Teknikal Kesihatan, Cara Kerja, Promosi & Pendidikan

  • Memastikan syarat-syarat kesihatan dipatuhi selaras dengan pelesenan aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada kepentingan kesihatan awam.
  • Memastikan kualiti dan kebersihan tandas awam berada di dalam keadaan yang bersih dan selamat.
  • Memastikan pengendalian aktiviti pengebumian jenazah dan pembakaran mayat berjalan dengan baik dan lancar.
  • Untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan penduduk setempat mengenai kepentingan kesihatan awam seiring dengan perkembangan infra, sosial dan ekonomi.

Fungsi Bahagian Teknikal Kesihatan, Cara Kerja, Promosi & Pendidikan

  1. Menjalankan pemeriksaan pematuhan syarat-syarat kesihatan di dalam pelesenan aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada kepentingan kesihatan awam seperti aktiviti besi buruk/barangan terpakai, taska/tadika, asrama pekerja dan anjing peliharaan.
  2. Menjalankan pengurusan Tanah Perkuburan Islam dan Krematorium.
  3. Menjalankan aktiviti pemeriksaan dan penggredan tandas awam.
  4. Menjalankan ceramah, pendidikan kesihatan dan gotong-royong kepada masyarakat.
  5. Penyediaan laporan bulanan dan tahunan​

4.0 Piagam Pelanggan

Pengurusan Aduan
Menjalankan siasatan dan tindakan aduan anjing terbiar dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima.

Pengurusan Permohonan
Mengeluarkan lesen anjing peliharaan dalam tempoh 1 hari bekerja.

Pengurusan Perkhidmatan
Tempoh menunggu sebelum pengebumian jenazah / pembakaran mayat adalah dalam tempoh 30 minit.

 

5.0  Carta Organisasi

6.0  Direktori Kakitangan
 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am