MENU

Emel Jabatancob@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan: Sr. Amran bin Abdullah Hadi
Emel Ketua Jabatanamran.hadi@mpklang.gov.my

 

1.0  Pengenalan

Jabatan Pesuruhjaya Bangunan adalah jabatan yang bertanggungjawab bagi melaksanakan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) iaitu penyelenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama. Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) telah mendapat perkenan dan diluluskan yang DiPertuan Agung pada 5 Februari 2013 dan digazetkan pada 8 Februari 2013.

Kerajaan telah meluluskan Akta 757 yang berkuatkuasa pada tahun 1 Jun 2015 dan Akta Hakmilik Strata (Akta A1450) menggantikan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) dan Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) dengan elemen penambahbaikan yang terdapat di dalam kedua-dua Akta tersebut.

Jabatan ini telah ditubuhkan pada 4 Ogos 2008 yang bermula sebagai satu unit kecil yang dikendalikan dibawah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Bahagian ini mula dinaik taraf menjadi Jabatan Pesuruhjaya Bangunan pada tahun Mei 2011. Jabatan ini kini beroperasi di Pejabat Cawangan, Majlis Perbandaran Klang di Jalan Raya Barat, Klang.

 

2.0  Objektif

Memastikan Penyelenggaraan Harta Bersama dilaksanakan berdasarkan Undang-Undang dan Peraturan yang ditetapkan bagi mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan perkongsian harta bersama bagi pembangunan bertingkat

 

3.0  Fungsi Jabatan

Terdapat 6 fungsi utama Jabatan Pesuruhjaya Bangunan iaitu :

  • Mengadakan inventori ke atas bangunan-bangunan di dalam kawasan Majlis Perbandaran Klang.
  • Memastikan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi pembangunan yang melibatkan pemikiran berstrata.
  • Menyelesaikan sebarang pertikaian di antara pemaju dan pembeli berkaitan penubuhan JMB dan akaun penyelenggaraan (BMA).
  • Memantau tindakan pemaju dalam menangani isu pembaikan kecacatan.
  • Menguatkuasakan Undang-Undang yang termaktub di dalam Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Akta Pengurusan Strata 2013(Akta 757)
  • Memberi pembelajaran secara berkala mengenai pengurusan pentadbiran, akaun beraudit, peruntukan kewangan dan lain2 berkaitan pengurusan JMB/MC

Senarai Perkhidmatan

  • Pemfailan jadual petak
  • Pemfailan unit syer yang diumpukkan
  • Perlaksanaan khidmat nasihat berhubung penubuhan JMB/MC seperti di dalam Akta 757 & 318
  • Perlantikan Ejen pengurusan dan penyenggaraan bangunan.

4.0 Carta Organisasi

5.0 Direktori Kakitangan

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am