MENU

 

Noraini (tengah) meraikan kontinjen MPK

Klang: Majlis Perbandaran Klang (MPK) dinobatkan Naib Johan Keseluruhan pada Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (MALA) 2022 yang berlangsung di sekitar Johor Bahru, baru-baru ini.

Pada kejohanan itu, MPK muncul jaguh Futsal apabila meraih gelaran juara, diikuti acara Boling (Naib Johan) dan Karom (Naib Johan).

Dengan kemenangan dan kejayaan dinobatkan naib juara dalam dua acara berpasukan itu MPK meraih gelaran naib juara keseluruhan.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disampaikan di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Yang Di Pertua MPK, Noraini Roslan turut meraikan kejayaan bersama kontinjen MPK selepas berjaya memberikan saingan kuat kepada semua pasukan yang bertanding.

Seramai lebih 3,000 peserta mengambil bahagian dalam tujuh acara sukan antaranya Badminton, Futsal, Bola Jaring, Golf dan lain-lain lagi yang dipertandingkan di sekitar bandar raya Johor Bahru, Iskandar Puteri dan Pasir Gudang.

 

Sumber : Harian Metro
Sila klik pautan di sini 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am