Aktiviti Kurator MPK
28hb NOV- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menjemput En. Faisal Dato' Haji Surani, Kurator MPK, sebagai tetamu undangan dalam penerbitan dokumentari pendek 'Ada Angin, Ada Pokoknya' bagi 6 episod. Penggambaran dijalankan di sekitar Bandar Klang, termasuk Istana Alam Shah, Masjid Diraja Sultan Suleiman dan beberapa kawasan tumpuan di Klang.
Penggambaran hari ini telah dijalankan di Kolam Memancing D'Dayyan, Kampung Delek. Rancangan ini dihoskan oleh Rashid Shikh Abdulllah berkonsepkan Vlog dimana hos akan bergerak menggunakan sebuah motor Cafe Racer untuk mengetahui asal-usul nama kawasan di sekitar Lembah Klang.