KARNIVAL SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA)
MALA "Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia"
Majlis Perasmian Karnival Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) 2022 telah dirasmikan Oleh Menteri Besar Perak pada 3 Jun 2022 bertempat di Stadium Perak. Sejumlah 52 Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia mengambil bahagian pada fasa pertama di Ipoh, Perak. Pada tahun ini Karnival Sukan MALA akan diadakan 3 fasa iaitu Fasa 1 di Ipoh dengan mempertandingkan sukan Hoki, Dart dan Bolasepak, manakala pada fasa pada bulan Ogos 2022 akan diadakan pertandingan sukan Ping Pong di Pekan, seterusnya Fasa 3 Karnival Penutup Sukan MALA di Johor akan mempertandingkan sukan Bola Jaring, Futsal, Sepak Takraw, Karom, Badminton & Tenpin Boling.
Majlis Perbandaran Klang telah menghantar 2 sukan di Fasa 1 iaitu sukan Dart dan Bolasepak.
Pada Karnival ini juga turut diadakan Majlis Pelancaran Pertandingan Inovasi MALA 2.0 Piala YB Menteri KPKT dan Perasmian Mesyuarat Agung MALA 2022 pada 4 Jun 2022 bertempat di UTC Ipoh, Perak yang telah disempurnakan Perasmian oleh YB Timbalan Menteri KPKT.
Semoga Warga Majlis Perbandaran Klang berjaya membawa pulang pingat kemenangan.