Majlis Kolaborasi Strategik Pemerkasaan Pendigitalan PBT Selangor Bersama MAMPU
Majlis Perbandaran Klang telah menjadi hos Majlis Kolaborasi Strategik Pemerkasaan Pendigitalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor Bersama Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancang Pengurusan Malaysia (MAMPU) bertempat di Premiere Hotel, Klang.
Majlis dihadiri oleh Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof Ismail, YDP MPK Puan TPr. Noraini Roslan dan Datuk-datuk Bandar serta Yang Dipertua-yang dipertua PBT Selangor.