Program Pantai Lestari MPK 2022
27hb NOV- Program Pantai Lestari @ Tg Harapan, Klang Peringkat Majlis Perbandaran Klang Tahun 2022 telah dirasmikan oleh YDP MPK TPr. Hjh. Noraini Roslan pagi tadi. Program ini dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Klang dalam usaha untuk menyokong hasrat kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan kawasan pantai di negeri Selangor ini berada dalam keadaan yang bersih, terjaga, ceria dan selamat untuk di kunjungi. Tanjung Harapan juga diharap akan menjadi pusat tarikan pelancong, pusat riadah dan tumpuan keluarga di hujung minggu. Matlamat bagi program ini adalah untuk memperbaiki persekitaran pantai agar lebih bersih dan selesa dikunjungi oleh pelancong serta memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kebersihan alam sekitar.Program pada pagi ini juga telah merekodkan maklumat sampah yang diperolehi di kawasan pantai dalam Coast Clean Index (CCI). Laporan perekodan maklumat sampah tersebut akan kita hantar kepada pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Sempena Sambutan Hari Pantai Sedunia yang jatuh pada 14 Oktober pada setiap tahun, maka Program Pantai Lestari @ Tg Harapan, Klang Peringkat Majlis Perbandaran Klang 2022 adalah merupakan kesinambungan program-program terdahulu dan dikembangkan lagi. Program ini tidak hanya memfokuskan kepada aktiviti pembersihan pantai semata-mata akan tetapi ke arah menjadikan Pantai Tanjung Harapan sebagai lokasi riadah keluarga dan pelancong dengan aktiviti-aktiviti yang di rancang seperti Pameran Agensi, Persembahan Buskers, Pertandingan Peragaan Pakaian Daripada Barangan Kitar Semula dan banyak lagi. Semua aktiviti yang dianjurkan ini adalah bagi melestarikan alam sekitar selaras dengan Sustainable Development Goals (Matlamat Pembangunan Mampan) :
SDG 3 – Good Health & Well Being (Kes 6 – Clean Water and Sanitation (Air Bersih dan Sanitasi)
SDG 11 – Sustainable Cities and Communities (Bandar dan Komuniti yang Mampan)
SDG 13- Climate Action (Tindakan Iklim)
SDG 14 – Life Below Water (Kehidupan di Bawah Air)
SDG 16 – Peace, Justice and Strong Institutions (Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Teguh)
SDG 17 – Partnerships for the Goals (Kerjasama Demi Matlamat)
Program pada hari ini juga mendapat kerjasama yang erat daripada agensi-agensi terlibat seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kolej Tingkatan 6 Sri Istana, Pertubuhan Suara Belia Selangor, Huhtamaki Food Service Sdn Bhd, Northport (Malaysia) Berhad, Lembaga Urus Air Selangor, Lembaga Pelabuhan Klang, Syarikat Jaya Nets Sdn Bhd. serta Persatuan Penduduk dan KRT Bandar Sultan Suleiman. Kerjasama antara semua pihak yang terlibat bukan sahaja akan dapat mengatasi permasalahan yang berkaitan kebersihan ini malah dapat meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan para penduduk hususnya di Daerah Klang.