SAMBUTAN HARI INTEGRITI KEBANGSAAN
KLANG - Yang Dipertua MPK, Tuan Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin merasmikan Program Sambutan Hari Integriti Kebangsaan Peringkat Majlis Perbandaran Klang Bagi Tahun 2021 dan Pelancaran Pelan Anti Rasuah (CRM) dan Buku Polisi "Whistle Blower" bersama Pengarah SPRM Negeri Selangor, Y.Bhg. TPj. Dato’ Haji Alias Salim bertempat di Dewan Hamzah.
Program juga turut dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis, ketua-ketua jabatan dan kakitangan MPK secara fizikal mengikut SOP yang telah ditetapkan serta secara atas talian.
Penceramah Motivasi, Ustaz Mohd Elyas Ismail turut dijemput sebagai penceramah dengan ceramah bertajuk "Integriti Kekuatan Jiwa".
SELANGOR LUBUK REZEKI DAN PELABURAN DAN MENYUMBANG KEPADA 25% ANGGARAN KASAR KDNK.
SELANGOR BUKAN LUBUK RASUAH ~ DATO' PENGARAH SPRM SELANGOR.
Sumber : FB Majlis Perbandaran Klang
Sila klik pautan di sini