Laman Seni Safari Royal Klang Heritage Walk merupakan satu tarikan terbaharu untuk dikunjungi di Klang.
Laman Seni Safari terletak di Jalan Tengku Kelana mempamerkan Mural bermotifkan haiwan safari ini telah dirasmikan oleh Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, Ketua Setiausaha KPKT pada 5 Jun 2020 semasa sesi Lawatan kerja beliau ke Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Projek ini diusahakan oleh MPK di kawasan Jalan Tengku Kelana berdekatan dengan Galeri Diraja Klang untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke Klang.
Sila kongsi dengan rakan anda dan jangan lupa abadikan gambar anda bersama pelbagai jenis haiwan di sekeliling kawasan.
#VisitKlang
#LamanSeniSafari
#RoyalKlangHeritageWalk
INFO MURAL SAFARI