MENU

Bas Selangorku adalah perkhidmatan Bas Percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis perbandaran Subang Jaya(MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK). Diilhamkan oleh YAB Dato ' Meneteri Besar Selangor dan dilancarkan pada 1 Julai 2015.

Pelaksanaan perkhidmatan Bas Selangorku di Klang  mula beroperasi pada 2 Julai 2015 mengikut laluan-laluan yang telah ditetapkan dengan kekerapan perkhidmatan setiap 15 minit melibatkan 11 lokasi.

Perkhidmatan ini disediakan kepada semua lapisan rakyat setiap hari secara berjadual bermula pada jam 6.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 malam.

Laluan Bas Selangorku. Sila klik disini untuk maklumat lanjut.