MENU

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli Kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan bahawa, Air Selangor juga melaksanakan aktiviti Turun Padang mengedarkan Notis Hebahan dan memberi penerangan kepada pelanggan-pelanggan di kawasan yang terjejas selain daripada hebahan melalui media cetak, elektronik serta media sosial bagi memastikan pelanggan sedia maklum dan dapat membuat persediaan awal bagi menghadapi gangguan bekalan air berjadual ini.

Air Selangor amat menghargai kerjasama pelanggan sepanjang tempoh gangguan berjadual ini dan pelanggan dinasihati untuk merujuk laman sesawang www.syabas.com.my atau memuat turun aplikasi telefon bimbit “Air Selangor” di Google Play atau App Store,  Facebook Air Selangor atau Twitter @air_selangor untuk maklumat kawasan dan status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Pelanggan juga boleh menghubungi kami di talian 15300 atau SMS Tanker <Nama><Alamat> ke 15300 atau WhatsApp ke: 019-281 6793 atau 019-280 0919 bagi bantuan kecemasan dan kritikal semasa tempoh gangguan.