MENU

Majlis Perbandaran Klang sedang menjalankan kajiselidik pandangan awam berkaitan Pelaksanaan Skim Komuniti Berpagar Dan Berpengawal (G&G) dan Tadika/Taska/Pusat Jagaan secara atas talian (online) ke arah Klang Sejahtera bermula dari 1 Oktober 2020 sehingga 31 Oktober 2020.

Tujuan kajiselidik ini dijalankan adalah untuk mendapatkan pandangan dan pendapat penduduk Klang berkenaan kesesuaian pelaksanaan Komuniti Berpagar Dan Berpengawal (G&G) dan operasi Tadika/Taska/Pusat Jagaan di kawasan kediaman di dalam Kawasan Majlis Perbandaran Klang. 

Diharapkan dapatlah orang awam meluangkan sedikit masa membantu pihak Majlis untuk mengisi borang soal selidik dibawah. 

Maklumbalas anda diperlukan bagi membantu perancangan pembangunan masa depan kawasan Majlis Perbandaran Klang demi pembangunan pembandaran yang sejahtera, harmoni dan selesa didiami ke arah Klang Sejahtera. 

 


SILA KLIK DISINI

Kajian Soal Selidik Pelaksanaan Komuniti Berpagar Dan Berpengawal (G&G) Dan Tadika/Taska/Pusat Jagaan Secara Atas TaLian (Online) Ke Arah Klang Sejahtera