Pihak Majlis Perbandaran Klang ( MPK ) telah mengadakan kutipan kitar semula kaedah Pintu Ke Pintu di :
- Bandar Bukit Raja
- Aman Perdana
- masa kutipan adalah pada 10.00 pagi - 7.00 petang
- Tujuan dan matlamat adalah untuk mendidik penduduk kepentingan kitar semula serta mengurangkan sampah yang hantar ke tapak pelupusan sampah
- Kontraktor panel MPK akan menggunakan lori yg berlogo MPK semasa membuat kutipan dijalankan.
- Penduduk hanya dengan perlu membuat 3 langkah mudah
- Asingkan sampah mengikut jenis( sampah tidak boleh kitar semula simpan dalam beg hitam utk kutipan KDEB)
- Simpan barang kitar semula sementara dalam bekas yg sesuai
- Masukkan ke dalam plastik lut sinar, Ikat dan letakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan
- Kutipan kitar semula akan bermula mulai 1 November 2022 secara berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan
Sebarang pertanyaan , boleh hubungi pihak Jabatan Perkhidmatan Persekitaran, MPK 03 - 3371 5623