Lawat Periksa Rumah Kediaman Dijadikan Asrama Pekerja
21hb DIS - Operasi yang berlangsung selama 4 jam di sekitar Jalan Sultan Abdul Samad, Bandar Sultan Suleiman tertumpu kepada 19 unit rumah yang dipercayai dijadikan sebagai asrama pekerja.
Sebanyak 3 kompaun telah dikeluarkan ke atas 3 buah syarikat yang berasingan. Kesalahan yang dikompaun adalah di atas Seksyen 78 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang membawa kesalahan rumah kediaman diduduki dengan penuh sesak dan Seksyen 75 akta yang sama membawa kesalahan rumah kediaman berada di dalam keadaan kotor.
Operasi dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Mpklang Majlis Perbandaran Klang.