MENU

 


Datuk Bandar Majlis Bandaraya Klang Datin Paduka Noraini Roslan ketika mempengerusikan mesyuarat bersama ahli majlis pada 2 Februari 2024. Foto Facebook MPK

SHAH ALAM, 2 FEB: Pemilik harta bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) Klang diingatkan untuk membayar cukai taksiran untuk tahun ini selewat-lewatnya 29 Februari ini.

Datuk Bandar Klang memaklumkan orang ramai boleh menyemak status melalui ipay.mpklang.gov.my dan menggalakkan pembayaran secara dalam talian.

“Selain pembayaran dalam talian, kempen pembayaran cukai taksiran turut dijalankan di pusat membeli-belah AEON Bukit Tinggi dan Bukit Raja, Klang dengan waktu operasi jam 10 pagi hingga 6.00 petang.

“Bagi pusat membeli-belah AEON di Bukit Tinggi, kaunter pembayaran dibuka pada 3, 4, 10 dan 11 Februari manakala 17, 18, 24 dan 25 Februari di AEON Bukit Raja,” kata Datin Paduka Noraini Roslan selepas majlis angkat sumpah dan menandatangani penerimaan jawatan ahli majlis sesi 2024-2025 di sini, hari ini.

Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am