MENU

 


Razarudin ketika menyantuni peniaga pada program Walkabout di Pasar Pagi Pandamaran di sini, hari ini.

KLANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membenarkan anggapan atau stigma Klang seperti ‘Bandar Colombia’ berterusan dalam mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, persespi tersebut hanya diwujudkan oleh beberapa portal bermula daripada kes ejen hartanah disamun sebelum ini.

“Datuk Seri Mohd. Shuhaily (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) berbincang dengan saya dan lihat Klang ini di mana-mana portal tulis seolah-olah adalah Bandar Colombia. Beliau sebut pun sebenarnya berdasarkan apa yang ‘diquote’ dalam (beberapa) portal.

“Kita tidak akan benarkan. Itu sebabnya kita (PDRM) datang daripada 15 Januari hingga 1 Februari lalu dengan buat pencegahan, tangkapan, operasi dari segi pemerdagangan orang, jenayah. Semua kita buat.

“Ini semua bagi menurunkan kadar jenayah dan mustahaknya adalah menghilangkan persepsi dan anggapan orang ramai itu. Ini bukan bandar Colombia, ini tetap bandar Klang, Bandar Diraja,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan program Walkabout di Pasar Pagi Pandamaran di sini, hari ini.

Menurut Razarudin, berdasarkan rekod mendapati kadar jenayah mendapati Gombak dan Petaling Jaya adalah lebih tinggi berbanding Klang.

Justeru, beliau memberikan jaminan agar kadar jenayah akan terus menurunkan khususnya di daerah ini.

“Saya tengok, datang tadi tiada pun, bersih. Tengok di sini aman dan tiada isu. Cuma bila portal-portal ini, apabila ada satu-satu kejadian seperti kena samun dan cermin pecah namun itu kes terpencil. Kalau dibandingkan untuk tahun ini betul, Gombak, Petaling Jaya dan Klang Selatan.

“Kalau ikut tahun dulu, Gombak, Kajang, Petaling Jaya baharulah Klang Selatan dan Klang Utara ini jatuh bawah lagi (kadar jenayahnya). Put in the mind, kita akan tentukan Klang ini bersih,” tegasnya.

Sebelum ini, Mohd. Shuhaily pada program Townhall di Persatuan Hokkien Klang menyatakan kadar jenayah bukan sahaja naik di Klang malah beliau sedih apabila Klang ditularkan seperti bandar Colombia.-KOSMO!ONLINE

Sumber : Kosmo
Sila klik pautan di sini

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am