MENU

 

 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berkenan mengisytiharkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berkuat kuasa 23 Nov tahun lalu.

Baginda turut berkenan melantik Noraini Roslan sebagai Datuk Bandar MBDK mengikut Subseksyen 10 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Beta, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, dengan ini mengisytiharkan dan menetapkan bahawa Majlis Perbandaran Klang bermula 23 Nov 2023, akan menjadi sebuah bandar raya diraja buat selama-lamanya, dan hendaklah disebut sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang.

“Oleh yang demikian, gelaran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang hendaklah ditafsirkan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang, manakala ahli-ahli Majlis Perbandaran Klang hendaklah ditafsirkan sebagai ahli-ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang," titah baginda pada majlis pengisytiharan tersebut di Klang hari ini.

MBDK adalah majlis bandar raya diraja ketiga di negara ini selepas Alor Setar di Kedah dan Johor Bahru di Johor.

Bernama
 

Sumber : MalaysiaKini
Sila klik pautan di sini

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am