MENU

PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP BAZAR RAMADAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Bazar Ramadan telah beroperasi sepanjang bulan Ramadan di kawasan Majlis Perbandaran Klang. Pihak berkuasa mengingatkan para peniaga dan pengunjung agar sentiasa mematuhi SOP dan mementingkan kawalan kendiri bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 di kawasan setempat. Sekiranya terdapat tempat yang didapati melanggar SOP, pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk mengenakan kompaun atau menutup operasi bazar tersebut.

Adakah tapak bazar yang anda kunjungi mematuhi SOP? Salurkan maklumbalas anda kepada Majlis Perbandaran Klang melalui kaji selidik atas talian. Pandangan dan pendapat anda dapat membantu pihak berkuasa dalam memantau tahap pematuhan SOP di bazar Ramadan. Para peniaga dan pengunjung perlu mematuhi SOP agar tidak mengganggu kegiatan ekonomi yang sedang berjalan.

Sila klik pautan berikut untuk menjawab kaji selidik:
Kaji Selidik Pematuhan SOP Bazar Ramadan

Kemaskini Terakhir: Selasa, 23 Julai 2024 - 3:19pm