MENU
1) Apakah itu Cukai Taksiran Am? 
  Cukai Taksiran Am atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar yang terletak di dalam Kawasan Operasi Majlis Perbandaran Klang seperti:-
 
  • Bangunan Kediaman (Pangsapuri, Rumah Pangsa, Rumah Teres, Rumah Sesebuah, Banglo dan lain-lain)
  • Bangunan Perniagaan / Perdagangan (Kedai, Rumah Kedai, Kedai Pejabat, Kompleks Perniagaan, Hotel dan lain-lain)
  • Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang
  • Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo, Pencawang dan lain-lain)
2) Apakah perbezaan antara Majlis Daerah / Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:
 
  • Majlis / Dewan Bandaraya
  • Majlis Perbandaran
  • Majlis Daerah
  Majlis / Dewan Bandaraya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandaraya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis / Dewan Bandaraya ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.
 

Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar urban jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta.

Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar rural-based. Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.

3) Berapakah bilangan PBT yang terdapat di Malaysia sekarang?
 

145 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu Majlis Perbandaran (MP) 31 buah dan Majlis Daerah (MD) 114 buah.

Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti PBT Kulim Hi-Tech, PBT Pasir Gudang, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.

4) Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?
  Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am