Kejohanan Hoki Piala Yang Dipertua MPK
Kejohanan Hoki Jemputan Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang 2023 telah berlangsung selama 2 hari bermula dari 21-22hb Oktober 2023 di Stadium Hoki Pandamaran, Klang. Kejohanan ini merupakan penganjuran kali pertama pihak Majlis Perbandaran Klang dengan penyertaan 12 pasukan jemputan.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Tuan Zaireezal Ahmad Zainuddin.
Pasukan BSN telah menjuarai kejohanan dengan penentuan penalti 5-4 menewaskan Majlis Perbandaran Klang selepas terikat 2-2 di peringkat akhir. Tempat ketiga bersama dikongsi oleh Hulu Selangor HC dan PSKPP.