Majlis Perasmian Padang Sintetik Pandamaran Arena
Menjunjung Kasih atas limpah perkenan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj berangkat mencemar Duli ke Majlis Perasmian Padang Sintetik Pandamaran Arena pada pagi ini.
DYTM Raja Muda Selangor turut berkenan menyerahkan mock board kepada rakan penaja Karnival Selangor Soccer School yg diadakan sempena Perasmian Padang ini.
YBhg Datin Paduka TPr Noraini bt Roslan, YDP MPKlang turut menyampaikan sembah ucapan sempena Perkenan DYTM Tuanku berangkat ke Majlis Perasmian pagi ini.
Tn Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Dan Tanah Klang , YB Azmizam Zaman Huri dan YB YB Tuan Leong Tuck Chee hadir di Program pagi ini.