Emel Jabatan : audit@mpklang.gov.my
Ketua Bahagian: Puan Normah binti Zainul Abideen @ Zainol
Emel Ketua Bahagian: normah.abideen@mpklang.gov.my
1.0 Pengenalan
Bahagian Audit Dalam Majlis Perbandaran Klang telah ditubuhkan pada tahun 2001 selaras dengan peraturan-peraturan di dalam Akta Audit 1957 dibawah Undang-undang Malaysia serta mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004. Bahagian ini bertanggungjawab secara langsung kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang.
2.0 Objektif
Objektif utama Bahagian Audit Dalam adalah untuk membantu pihak pengurusan mencapai visi, misi dan strategi Majlis Perbandaran Klang. Ianya dicapai melalui pelaksanaan tugas yang bertujuan untuk meningkatkan tahap akauntabiliti dan pengurusan kewangan dijalankan dengan teratur di semua peringkat di setiap jabatan di Majlis Perbandaran Klang.
3.0 Fungsi Dan Aktiviti
3.1 Fungsi
- Menetapkan senarai tugasan kakitangan bagi menjalankan peranan Audit Dalam seperti yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004;
- Menyediakan rancangan kerja tahunan yang menyeluruh meliputi pelbagai aktiviti utama Majlis ke arah mencapai visi, misi dan strategi Majlis;
- Memastikan penggunaan yang berkesan terhadap sumber kakitangan yang ada selaras dengan jumlah pengauditan yang diluluskan; dan
- Memastikan prosedur-prosedur yang digunapakai oleh jabatan dipatuhi di dalam proses kerja harian.
3.2 Aktiviti
a) Audit Kewangan
- Kawalan Bajet
- Kawalan Terimaan
- Kawalan Perbelanjaan
- Pengurusan Akaun Amanah/ Kumpulan Wang Amanah
- Pengurusan Aset Dan Stor Jabatan
b) Audit Pengurusan
c) Audit Prestasi
d) Audit ICT
e) Pemantauan Audit
f) Pemeriksaan Mengejut
4.0 Piagam Pelanggan
5.0 Carta Organisasi