MENU

 


Penguat kuasa MPK mengeluarkan kompaun terhadap warga asing dalam operasi khas pada 22 Januari lalu. Foto Facebook MPK

SHAH ALAM 25 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan 53 kompaun terhadap warga asing dalam operasi khas pada 22 Januari lalu.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata perbuatan tidak bertanggungjawab terbabit dikesan dilakukan di Jalan Baharu dan Jalan Pos Baru.

MPK berkata Ops Kutu Sampah sekitar pusat bandar Klang itu disertai enam anggota termasuk seorang pemandu daripada Unit Pusat Bandar MPK.

“Hasil operasi tersebut, pasukan mengeluarkan 53 kompaun kepada warga asing yang melakukan kesalahan membuang sampah kecil seperti puntung rokok, kertas, tin minuman dan botol minuman di tempat awam,” katanya menerusi Facebook.

MPK menjelaskan ia adalah kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 4, Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap Majlis Perbandaran Klang 2007.

Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am