MENU

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 SEPT: Air pasang besar pertama diramalkan berlaku bermula esok sehingga Jumaat ini di lima daerah berisiko tinggi iaitu Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Sepang dan Kuala Langat.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, arahan persediaan bagi menghadapi bencana peringkat tinggi dikeluarkan susulan jangkaan fenomena bencana itu.

Katanya, fenomena terbabit turut dijangka berlaku sehingga Disember depan.

“Bagi daerah Klang, kawasan dijangka membabitkan Pengkalan Tok Muda, Batu 14 Jalan Kapar, Sementa, Pelabuhan Klang, Jalan Pandamaran, Banting dan Taman Selat Damai.

“Manakala bagi Sabak Bernam, hanya tiga kawasan dijangka terbabit iaitu Tebuk Mendeling, Sungai Ayer Tawar dan Sungai Panjang,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Mohd Amin berkata, empat kawasan Kuala Selangor pula membabitkan Tanjung Karang, Kampung Kuantan, Pantai Remis dan Pekan Sungai Buloh.

Katanya, tiga kawasan di Kuala Langat iaitu pesisir Pantai Bagan Lalang, Sepang dan Pantai Kelanang serta pesisir Pantai Tanjung Sepat.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am