MENU

 

Elya (kiri) sedang mendengar penjelasan daripada penyelia sebuah syarikat perabot semasa pemeriksaan di Taman Perindustrian Meru, hari ini.

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menerima lebih 200 permohonan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) penempatan pekerja asing di sekitar daerah ini.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Elya Marini Darmin berkata, langkah itu selaras memastikan majikan mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan,Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Katanya, pihaknya juga telah memperkenalkan Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Jangka Pendek (TLQ) dan Asrama Pekerja Berpusat (CLQ) pada Mac lalu sebagai rujukan kepada pihak majikan.

“Setakat ini, tiada sebarang kompaun dikeuarkan terhadap mana-mana syarikat yang gagal mengikut CCC.

“Saya ingin mengingatkan pihak majikan yang melanggar arahan boleh dikenakan kompaun maksimum sehingga RM250,000 di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” katanya di sini hari ini.

Justeru, Elya meminta mana-mana syarikat dan kilang di daerah ini yang mempunyai pekerja asing memohon CCC. -K! ONLINE.

 

Sumber :  Kosmo
Sila klik pautan di sini

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am