MENU

 

=alt"Lelongan barangan sitaan, MPK kutip lebih RM18,000"Orang ramai hadir jualan lelongan awam barangan sitaan di pekarangan pejabat penguat kuasa Majlis Perbandaraan Klang (MPK) pada 22 Jun 2023. Foto AMIRUL FAZLI/SELANGORKINI

KLANG, 23 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengumpul lebih RM18,400 menerusi jualan lelongan awam barangan sitaan di pekarangan pejabat penguat kuasa MPK di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa MPK Shahrul Hazri Abd Majid berkata harga paling tinggi adalah kipas angin dan mesin permotong besi dengan nilai bidaan RM2,360.

“Untuk kipas angin terjual sebanyak 20 unit kipas, angin dan lima unit mesin pemotong besi terjual. Barangan paling banyak orang beli pula adalah kerusi iaitu 462 unit daripada 787 unit yang dilelong.

“Jumlah wang yang terkumpul ini kita akan masukan ke dalam tabung MPK,” katanya kepada Selangorkini.


=alt"Lelongan barangan sitaan, MPK kutip lebih RM18,000"Orang ramai hadir jualan lelongan awam barangan sitaan di pekarangan pejabat penguat kuasa Majlis Perbandaraan Klang (MPK) pada 22 Jun 2023. Foto AMIRUL FAZLI/SELANGORKINI


Seramai 78 orang hadir ke jualan lelongan awam dan semua barang habis dijual dalam masa kurang dari tiga jam.

Tambah Shahrul barangan yang dilelong adalah hasil sitaan pada bulan September hingga Disember 2022.

“Kita akan ada jualan lelong pada tahun ini empat kali setahun iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember 2023.

“Mereka suka hadir ke jualan lelong ini kerana berpeluang untuk mendapatkan barangan yang berkualiti dengan harga lebih murah,” tambahnya.


=alt"Lelongan barangan sitaan, MPK kutip lebih RM18,000"Orang ramai hadir jualan lelongan awam barangan sitaan di pekarangan pejabat penguat kuasa Majlis Perbandaraan Klang (MPK) pada 22 Jun 2023. Foto AMIRUL FAZLI/SELANGORKINI


Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am