MENU

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (tengah) diiringi Yang Dipertua Majis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan (kanan) melawat pameran pada program Sentuhan Kasih KPKT di Dewan Hamzah MPK, Klang pada 26 Julai 2023

 

SHAH ALAM, 26 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerima peruntukan khas berjumlah RM34.6 juta sempena kelulusan naik taraf kepada status bandar raya.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak RM5 juta untuk projek menaik taraf 21 kemudahan awam seperti pasar, tandas awam dan laluan pejalan kaki di Klang.

“Kerajaan Negeri turut meluluskan peruntukan RM5 juta selain peruntukan khas sebanyak RM24.6 juta yang sedang dipertimbang Kementerian Kerja Raya.

“Projek menaik taraf kemudahan awam akan bermula dengan kadar segera dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini,” kata Nga Kor Ming pada sidang media selepas menghadiri program Sentuhan Kasih di Dewan Hamzah di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengumumkan kerajaan persekutuan meluluskan cadangan naik taraf MPK kepada status bandaraya.

Katanya, kelulusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet semalam, sekali gus menjadikan MPK pihak berkuasa tempatan (PBT) ke-20 meraih status bandaraya di negara ini.

Majlis pemasyuran Klang sebagai bandaraya akan diumumkan sebaik mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (tiga, kiri) diiringi Yang Dipertua Majis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan (dua, kiri) melawat pameran pada program Sentuhan Kasih KPKT di Dewan Hamzah MPK, Klang pada 26 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini  

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am