MENU

 

SHAH ALAM, 2 NOV: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menganjurkan pertandingan X-Plore Heritage Klang: Jejak Warisan Remaja Klang 2022 pada Ahad ini khusus untuk golongan muda.

Pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan memaklumkan pertandingan sempena Hari Klang Tanpa Kenderaan di Laman Seni Safari boleh disertai remaja berusia 16 hingga 25 tahun.

“Setiap pasukan wajib mempunyai campuran lelaki dan wanita serta penyertaan terbuka kepada 25 kumpulan sahaja.

“Johan pertandingan bakal menerima RM300, naib johan RM200 dan ketiga RM150 beserta sijil penyertaan dan baju-T untuk setiap peserta,” katanya menerusi Facebook.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Komunikasi Korporat di talian 03-3375 8069.

Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am