MENU

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengarahkan 19 premis pembuatan ditutup mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sejak Januari hingga Mei lalu.

Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzly Ahmad Tajuddin, berkata sepanjang tempoh itu sebanyak 109 premis pembuatan diperiksa dan 73 notis serta kompaun turut dikeluarkan kepada pemilik premis.

"Selain itu, pemantauan juga dijalankan di premis perniagaan lain.

"Sejak Januari hingga Mei lalu, sebanyak 2,410 premis diperiksa dan daripada jumlah itu, sebanyak 187 notis, 14 kompaun dikeluarkan dan tujuh arahan penutupan diberikan mengikut akta sama (Akta 342).

"Selain itu, 186 sitaan juga dilaksanakan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk kesalahan mengikut undang-undang kecil MPK," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sejak Mac tahun lalu, MPK turut melaksanakan aktiviti sanitasi awam di lokasi tumpuan awam.

"Sepanjang Mei lalu, sebanyak 43 lokasi sudah dilakukan disinfeksi awam," katanya.

Sumber : Berita Harian
Sila klik pautan di sini

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am