MENU

 


Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menitahkan ucapan perutusan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-132 MPK pada Isnin.
 

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) supaya tidak alpa dengan status Klang sebagai Bandar Diraja di samping tidak mengabaikan aspek sejarah dan warisan daerah berkenaan.

Selangor Royal Office dalam hantaran di Facebook memaklumkan, baginda bertitah, sudah sampai waktunya Klang dinaik taraf menjadi Bandar Raya Diraja dan mahu MPK berusaha merealisasikan Klang sebagai bandar raya bersih dan memiliki daya tarikan warisan bersejarah.

Kenyataan itu memberitahu, Sultan Sharafuddin berharap MPK terus mempromosikan industri pelancongan di lokasi-lokasi menarik dan bersejarah di sekitar Klang sekali gus mampu menjana ekonomi dan pendapatan penduduk di daerah ini.

"Baginda mahu MPK perlu terus mempertingkatkan usaha memberikan perkhidmatan cemerlang dan terbaik kepada masyarakat dan memastikan warga Bandar Diraja hidup dalam keadaan harmoni dengan persekitaran selamat untuk dihuni," kata kenyataan itu menerusi titah baginda dalam perutusan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-132 MPK pada Isnin.

Sempena ulang tahun MPK, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut menzahirkan ucapan tahniah.

Kenyataan itu memaklumkan, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa syukur kepada ALLAH kerana MPK telah berjaya menyelusuri pelbagai fasa kejayaan dan cabaran sejak zaman penjajahan, kemelesetan ekonomi, perang dunia, darurat, kemerdekaan, pandemik sehinggalah hari ini yang telah mematangkan gerak kerja dan pentadbirannya sehingga Klang menikmati pertumbuhan pesat.

"Baginda meminta MPK terus mempromosikan industri pelancongan di lokasi-lokasi menarik dan bersejarah di sekitar Klang sekali gus mampu menjana ekonomi dan pendapatan penduduk di daerah ini.

"Baginda juga mahu MPK terus mempertingkatkan usaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan terbaik kepada masyarakat dan memastikan warga Bandar Diraja hidup dalam keadaan harmoni dengan persekitaran selamat untuk dihuni," ujar kenyataan itu.

Justeru, kenyataan itu memaklumkan, Sultan Sharafuddin berharap warga Klang sentiasa bekerjasama dengan MPK dalam menjaga kebersihan khususnya Sungai Klang serta menghargai Bandar Diraja, selaras dengan slogan Klang Sihat dan Sejahtera.

"Baginda turut mendoakan semoga Klang selaku Bandar Diraja Selangor akan terus kekal makmur, harmoni serta sejahtera," menurut kenyataan tersebut.

 

Sumber : Sinar Harian 
Sila klik pautan di sini

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am