MENU

 

Pemandangan bandar Klang (gambar hiasan). Foto Facebook Klang Bandar DiRaja

KLANG, 4 JAN : Majlis Perbandaran Klang (MPK) yakin boleh mencapai status bandar raya pada hujung tahun ini.

Yang dipertua MPK berkata pihaknya sudah mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi mencapai status tersebut.

“Selepas ini kita cuma perlu mengusulkan kepada Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kemudian mereka akan membentangkan ke kabinet untuk kelulusan.

“Insya-Allah, jika dapat kelulusan Klang bakal mencapai status bandar raya hujung tahun ini,” kata Noraini Roslan.

Beliau berkata demikian selepas majlis angkat sumpah ahli majlis MPK penggal 2023 di ibu pejabat MPK di sini hari ini.

Sebelum ini, Noraini memaklumkan MPK memberi tumpuan kepada pembangunan di bandar Klang sebagai persediaan mencapai status bandar raya menjelang 2023.

Menurutnya, antara cabaran yang dihadapi MPK termasuklah keperluan menaiktaraf prasarana bandar Diraja terutama bangunan lama.

“Justeru, kerjasama semua pemegang taruh sangat diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan cekap serta berintegriti supaya kemajuan diperolehi kelak tidak mengorbankan alam sekitar, budaya dan warisan bandar Klang ini,” katanya.

Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am