MENU

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM 2 OKT: Pesta Makanan dan Minuman Jerman ditangguhkan selepas mengambil kira kenyataan polis, kata Exco Kanan, Dato’ Teng Chang Khim.

Beliau berkata, penangguhan dibuat susulan kenyataan terkini polis berhubung penarikan semula sokongan penganjuran program itu.

“Saya menghubungi Majlis Perbandaran Klang memaklumkan mereka menangguhkannya kerana ada kenyataan polis mengatakan menarik balik sokongan terhadap permohonan itu,” katanya dalam sidang media, di pejabatnya, hari ini.

Terdahulu, polis menerusi arahan terbaru daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik semula kebenaran permohonan surat bertarikh 14 September lalu.

Surat berkenaan dihantar kepada penganjur program Centro Properties Group memaklumkan penarikan semula dibuat susulan kesilapan alamat yang sepatutnya dihantar kepada ‘Majlis Perbandaran Klang’.

Pada masa sama, penganjur sebelum ini sudah dimaklumkan berhubung permit proses kebenaran festival meliputi 20 pra-syarat utama penganjurannya.

Bagaimanapun, Chang Khim berkata, perubahan itu memperlihatkan wujudnya unsur campur tangan politik daripada individu tertentu.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am