MENU

 

Sze Han (kanan) diiringi Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Elya Marini Darmin (kiri) menyampaikan anugerah kepada penerima pada Majlis Anugerah Klang Sejahtera Ke Arah Pembangunan Mampan di Dewan Hamzah Majlis Perbandaran Klang - Foto NSTP/Faiz Anuar

KLANG: Selangor bercadang menambah lokasi bazar Ramadan tahun ini bagi mengelakkan kepadatan tinggi di sesuatu lokasi di seluruh Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han berkata, perbincangan sudah diadakan dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan tapak bersesuaian di setiap kawasan pentadbiran PBT berkenaan.

"Kalau boleh kita hendak tambah lebih banyak lokasi dan kita hendak kurangkan kepadatan (peniaga & pengunjung) di setiap lokasi.

"Jadi, kerajaan negeri perlu bantuan dari PBT kerana PBT lebih tahu kesesuaian sesuai lokasi dalam kawasan pentadbiran mereka.

"Kalau boleh kita dapat cari satu kawasan yang kita dapat kawal laluan masuk dan laluan keluar, itu lebih selamat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penghargaan Klang Sejahtera ke Arah Pembangunan Mampan Tahun 2020/2021 di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang (MPK), di sini hari ini

Yang turut hadir, Yang Dipertua MPK, Noraini Roslan.

Sumber : Berita Harian
Sila klik pautan di sini

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am