Aduan Pencemaran Pesisir Sungai
Jalan Tun Teja 1 Perindustrian Bandar Sultan Suleiman
Pasukan penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) telah membuat siasatan aduan berkenaan terdapat pembuangan sampah industri dan pencemaran sungai.
Hasil siasatan mendapati terdapat tapak pelupusan haram di kawasan rizab sungai. Terdapat sampah industri (biji plastik) yang telah lama berada di situ.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) juga telah memasang notis amaran dan tali 'hazard tape' dan penguatkuasa Majlis turut memasang tali berkenaan di pintu masuk lokasi.