AKTIVITI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MBDK - NOISE RISK ASSESSMENT (NRA)
7 Februari 2024 , Klang - Penaksiran risiko pendedahan bunyi bising telah dilaksanakan oleh Syarikat Active ESH Sdn Bhd. yang dilantik oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang hari ini melibatkan 2 jenis aktiviti kerja yang menyumbang kepada risiko bunyi bising.
Aktiviti kerja yang terlibat adalah kerja-kerja pemotongan rumput yang dijalankan oleh kakitangan Jabatan Perkhidmatan Persekitaran dan kerja semburan kabus (Fogging) yang dijalankan oleh Bahagian Vektor & Penyakit Berjangkit, Jabatan Kesihatan, MBDK
Tujuan penaksiran risiko pendedahan bunyi bising ini dibuat adalah melindungi pekerja dari sebarang kesan sampingan akibat pendedahan kepada aktiviti dan persekitaran kerja bunyi bising. Ini merupakan salah satu tanggungjawab majikan seperti yang termaktub dibawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (514) telah menggariskan Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Bunyi Bising) 2019.
Sumber : FB Majlis Bandaraya Diraja Klang
Sila klik pautan di sini