Aktiviti MALA "Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia"
06hb Januari 2024 - Mesyuarat Penyelarasan dan lawatan tapak bagi Kejohanan Sukan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) bagi tahun 2024 dan Persembahan Perdana Pesta Gendang Nusantara 2024 telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Ahmad Fahim bin Rosli, setiausaha Biro Sukan MALA mewakili Datin Paduka TPr. Noraini binti Roslan selaku Presiden Biro Sukan dan Rekreasi MALA. Mesyuarat telah membincangkan syarat kejohanan dan penyelarasan tugas bagi Kejohanan Sukan MALA Fasa 1, yang akan berlangsung di Melaka pada 22 hingga 25 Februari 2024.
Lawatan tapak kejohanan telah dibuat di beberapa lokasi terpilih antaranya Kompleks Sukan Batu Berendam (Futsal), Dewan Tok Sena, Pejabat Daerah dan Tanah Jasin (Dart) dan Kompleks Sukan Masjid Tanah (Sepak Takraw). Lawatan tapak kejohanan telah dibuat bagi memastikan tempat yang dipilih bersesuaian dan menepati syarat diperlukan.
Pesta Gendang Nusantara 2024 ini diadakan sempena kempen tahun Melawat Melaka 2024. Pesta Gendang Nusantara memperkasa kebudayaan serantau menerusi kesenian muzik tradisional dengan pendekatan Negeri Melaka sebagai Negeri Berbudaya.