Anugerah Special Mentions Award di Malaysia Institute of Planners (MIP)
Majlis Perbandaran Klang dan Sokka Gakkai Malaysia telah merangkul Anugerah Special Mentions Award di Malaysia Institute of Planners (MIP) MyPlace Awards 2023 untuk projek Ikeda Peace Park di bawah kategori Community & Neighbourhood Park. Plak dan sijil telah diserahkan oleh En. Ng Teck Sim, Johnny, Presiden Sokka Gakkai Malaysia kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang , TPr. Hajah Noraini binti Roslan di atas tanda terima kasih di atas kerjasama yang membawa transformasi taman awam yang menjadi ikon budaya keamanan untuk komuniti. Turut hadir menerima plak dan sijil adalah Pengarah Perancang Bandar dan Desa, TPr Hajah Yusrina binti Mohamad Yusof.