HARI KLANG TANPA KENDERAAN BAKAL DIADAKAN PADA 17HB DISEMBER INI
Mesyuarat Hari Klang Tanpa Kenderaan (Dis), Larian Footer Klang City Marathon, bersama Fun Walk Kasih OKU dan Program Kempen Kesihatan telah diadakan di Pusat Sumber MPK bersama Agensi yang terlibat. Nantikan promo Acara dan Aktiviti program yang bakal di hebahkan. Sementara itu jangan lupa kosongkan jadual Anda pada 17hb Disember, 2023 dan sertai kami di Centro Mall seawal 7. 00 pagi. Kawasan #jejakwarisanklang - Royal Klang Town Heritage Walk akan ditutup seperti biasa pada jam 7.00 pagi sehingga 9.30 pagi.