Isu Aduan Awam Pembuangan Sampah Haram Di Bawah Talian Rentis TNB (Sungai Serdang)
Satu lawatan tapak telah diadakan hasil gerak kerja dan arahan oleh Yang Di Pertua MPK,Tpr Puan Noraini Roslan bagi meninjau dan menyelaraskan tindakan secara bersepadu berhubung aduan penduduk berkaitan pembuangan sampah haram di Batu 14,Kapar diketuai oleh Timbalan Yang Di Pertua MPK, Pn Elya Marini Darmin.
Ahli Majlis Kawasan Dato' Azizi Ayob, Jabatan Alam Sekitar (JAS),Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS),Pejabat Daerah/Tanah Klang,Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor,JKR Klang,JKR Kuala Selangor,TNB dan IPD Klang Utara, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Selangor serta jabatan dalaman MPK.
Turut hadirsama dilokasi Ahli Parlimen Kapar, YB. Dr.Halimah dan ADUN Sementa, YB. Dr. Daroyah Alwi.
Lokasi tersebut sememangnya dalam kawalan intipan dan pemantauan berkala pihak Majlis dan pada 2021,sebanyak 6 buah lori telah disita dan dikenakan kompaun manakala 2022,tiada sebarang pembuangan haram dikesan namun terdapat pembuangan baru dikenalpasti dan telah dibersihkan serta merta.