Karnival I - SEED Dataran Klang @Padang Chetty
09hb OKT- Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar selangor, Dato' Seri Amirudin Shari telah merasmikan penutupan Karnival Usahawan Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (I-Seed) di Dataran Chetty yang telah berlangsung pada Jumaat hingga hari ini.
Turut hadir di Majlis penutup Karnival i-Seed ialah YB Ganabatirau Veraman , ADUN Sentosa YB Gunaraj , YB. Chua Wei Kiat 蔡伟杰 dan Timbalan YDP MPK, Pn Elya Marini Darmin.
Program I-Seed bertujuan meningkatkan taraf ekonomi kaum India melalui pemberian bantuan peralatan bergantung kepada perniagaan yang mereka usahakan.
Para jemputan telah dihiburkan dengan tarian kebudayaan sebagai acara pembukaan. Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah telah disampaikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor.