Mini Komuniti Strata
Ahli Majlis MPK, Tn Prabu Munusamy merasmikan Pertandingan Sudut Ruang Perpustakaan Mini MPK Pertandingan Sudut Ruang Perpustakan Mini(MPK) di Pangsapuri Impian Sentosa.
Seramai 16 kanak kanak tadika, cikgu tadika dan beberapa penduduk Pangsapuri Impian Sentosa telah hadir untuk menjayakan program tersebut.
Turut hadir untuk menyaksikan perasmian tersebut ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa MPKlang.
Mini Library ini adalah salah satu inisiatif daripada En.Vijay, Pengerusi JMB dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa. Majlis Perbandaran Klang mengucapkan tahniah kepada beliau dan team JMB Pangsapuri Impian Sentosa dalam penglibatan mereka dalam pertandingan ini yang merupakan penyertaan pertama di seluruh Daerah Klang.