Operasi Bersepadu Ke Atas Pusat Jagaan Kanak-Kanak
OPERASI BERSEPADU KE ATAS PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK TANPA LESEN OLEH JABATAN PELESENAN, JABATAN PENGUATKUASA, JABATAN PERANCANG BANDAR , JABATAN BANGUNAN, JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT, SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA DAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
- Operasi diketuai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Klang.
- Pasukan telah menjalankan pemeriksaan ke atas 4 premis di sekitar lokasi Bandar Bukit Raja
- Daripada 4 premis, hanya 1 premis mempunyai lesen perniagaan dan iklan tahun 2023 daripada Pihak Berkuasa Melesen manakala 3 premis beroperasi tanpa lesen.
- Hasil pemeriksaan mendapati premis menjalankan aktiviti perniagaan PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DAN TADIKA
- Pasukan telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan 4 kompaun terhadap 3 premis pusat jagaan kanak-kanak menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada Pihak Berkuasa Melesen.
TINDAKAN:
- 3 kompaun di bawah UUK 3 PTPP MPK 2007
- 1 kompaun di bawah UUK 7 IKLAN MPK 2007