Operasi Kesihatan MPK
Operasi tangkapan tikus telah dijalankan bermula pada jam 6.00 petang sehingga 11.00 malam pada 30hb November. Lokasi yang dipilih adalah sekitar kawasan Jalan Tengku Kelana, Klang.
Operasi ini bertujuan untuk menangani dan mengurangkan masalah infestasi tikus dan kerosakan harta benda dan mengelakkan penularan penyakit di kawasan Majlis terutamanya di premis makanan dan premis perniagaan. Selain itu, operasi juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kebersihan persekitaran dan seterusnya dapat mengurangkan populasi tikus.
Jumlah perangkap yang dipasang adalah 83. Hasil tangkapan yang berjaya diperoleh sebanyak 19 ekor.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Mpklang , En. Azmi Muji dan Ahli Majlis Kawasan, Encik Yugarajah a/l Palanisamy.