Operasi Penguatkuasaan Premis Tayar Dan Bateri & Refleksologi (Jabatan Pelesenan & Jabatan Penguatkuasa)
LAPORAN:
1. Pemeriksaan yang dijalankan mendapati premis menjalankan aktiviti Kedai Tayar dan Bateri dan mempunyai lesen sementara tamat pada 21/02/2024.
2.Terdapat ramp konkrit di sekeliling premis dan terdapat ' Awning' yang dipasang di premis berkenaan.
3. Pemilik telah dimaklumkan berkenaan dengan Ramp konkrit yang dipasang.
4. Terdapat juga tayar dan perlatan yang diletakkan di kaki lima premis.
5. 1 kompaun di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
6. Lorong belakang juga telah dikonkrit dan akan dirujuk ke Jabatan Kejuruteraan.
PEMERIKSAAN PREMIS REFLEKSOLOGI TANPA LESEN (BUKIT TINGGI)
LAPORAN:
1. Pemeriksaan mendapati terdapat 10 bilik yang dijadikan tempat urut badan di tingkat bawah.
2. Premis tidak mempunyai lesen bagi aktiviti Pusat Refleksologi dan urutan badan.
3. Tindakan sitaan 10 unit tilam dan peralatan mengurut.