PENILAIAN PROJEK MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2021 (MPIPANS) TAHUN 2021
Pada hari ini, bermula daripada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari, sebanyak 4 kumpulan yang mewakili Majlis Perbandaran Klang telah selesai menjalani Sesi Penilaian Pemeriksaan Projek MPIPANS Tahun 2021 secara atas talian bersama juri dan urusetia daripada Bahagian Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Kumpulan-kumpulan inovasi MPK yang menyertai pada kali ini adalah:
1. Kumpulan JUU2 daripada Jabatan Undang-Undang membawa projek Sistem e-Stok iaitu sistem pengurusan alat tulis pejabat.
2. Kumpulan E-COSC daripada Jabatan Pusat Setempat membawa projek Aplikasi SMART OSC E-Appointment.
3. Kumpulan X-Cellent Crew terdiri daripada Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Pengurusan Harta dan Jabatan Teknologi Maklumat membawa projek Smart Eze Check (SEC) bagi pengurusan dewan MPK yang lebih efisien.
4. Kumpulan COM-SCI 20 daripada Jabatan Kesihatan hybrid bersama Pejabat Kesihatan Klang membawa projek bertajuk Community Self Control Impact 2020.
Semoga dengan hasil usaha kumpulan ini mampu menghasilkan projek inovasi yang boleh membawa faedah dan kebaikan kepada Majlis dan masyarakat serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada orang awam.
Sumber : FB Majlis Perbandaran Klang
Sila klik pautan di sini