20/6 - Sesi Pemeriksaan Dokumen Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor (MPIPANS) Tahun 2022 bertempat di Ballroom Dewan Jubli Perak, Pejabat SUK Negeri Selangor.
Kumpulan K-FINE dari Jabatan Kejuruteraan, EVOTER9 dari Jabatan Pengurusan Pasar & Penjaja dan Jabatan Teknologi Maklumat, SPY.COM dari Unit Integriti, Komunikasi Korporat & Teknologi Maklumat serta Kumpulan N-FORCE dari Jabatan Penguatkuasa dan Jabatan Bomba Taman Sri Andalas mewakili MPK dalam pertandingan kali ini.