Taklimat Pengendalian Mesin Thermal Fog, Ulv Dan Tatacara Penggunaan Alat Perlindungan PPE
07hb DIS - Satu taklimat pengendalian mesin thermal fog, ULV dan tatacara penggunaan alat perlindungan PPE kepada kakitangan yang menjalankan kerja-kerja semburan racun telah berlangsung di Mini Auditorium MPK Cawangan Tengku Kelana bermula 8.30 pagi dan berakhir 1.00 petang tadi.
Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan kakitangan mengenai pengendalian mesin yang betul dengan menekankan keselamatan yang dapat mengurangkan risiko kesihatan kepada pekerja.
Taklimat disampaikan oeh Syarikat Pembekal Mesin Agrofog dan Syarikat Pembekal Peralatan Perlindungan Keselamatan PPE, ETD Makmur yang telah dilantik oleh MPK.
Seramai 50 orang peserta menyertai taklimat hari ini.