MENU

IKLAN TAPAK BAZAAR DEEPAVALI TAHUN 2021 MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Untuk makluman, MPK akan membuka tempahan tapak Bazaar Deepavali kepada peniaga sempena perayaan Deepavali tahun ini. Oleh itu, orang awam yang berminat, tarikh pendaftaran akan mula dibuka pada 20 September 2021 sehingga 1 Oktober 2021.

Permohonan hanya dibuka secara atas talian melalui laman sesawang https://portal.mpklang.gov.my/permitonline/. Pemohon gerai disarankan untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh MPK selaras dengan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa kedua.

Sebarang pertanyaan berkaitan hal ini, sila hubungi Jabatan Pengurusan Pasar dan Penjaja di talian 03 3375 8019 sambungan 21/26 atau email kepada jpsr@mpklang.gov.my.

Muat turun iklan dan syarat permohonan disini

 

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 23 Julai 2024 - 3:19pm